Cuti tambahan di Terengganu Ahad ini

Kuala Lumpur, Mac-
Kerajaan Terengganu bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Aidilfitri, tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata cuti kelepasan am itu ditetapkan pada Ahad ini.

“Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam kenyataan ringkas dimuat naik di Facebooknya .

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan memaklumkan tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac di 29 lokasi seluruh negara.

Tarikh awal Syawal akan diumumkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Majlis Raja-raja mempersetujui kaedah menetapkan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Selain Terengganu, Melaka negeri pertama mengumumkan cuti tambahan sempena Aidilfitri.

Melaka menukarkan cuti umum 1 Ramadan kepada hari raya ketiga, tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here