5,633 kes juvana direkodkan sejak 2023

5,633 kes juvana direkodkan sejak 2023, Johor tertinggi

Kuala Lumpur, Ogos-
Sejumlah 5,633 kes juvana mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dilaporkan di seluruh negara bagi 2023 hingga Jun lalu dengan Johor mencatatkan kes tertinggi dengan 731 kes.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,006 kes bagi 2023, manakala 2024 dan 2025 masing-masing sebanyak 2,442 dan 1,185 kes.

Katanya, selain Johor, Perak merekodkan 506 kes, manakala Melaka (218), Negeri Sembilan: (241), Pulau Pinang (294), Sabah (474), Kedah (433), Selangor (892), Perlis (116), Sarawak (460), Pahang (331), Terengganu (275), Kelantan (347) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (315).

“Statistik mengikut pecahan umur pesalah juvana bagi tempoh 2023 hingga Jun 2025 merekodkan pesalah berumur dalam lingkungan 16 hingga 18 tahun sebagai pesalah tertinggi dengan jumlah kes sebanyak 3,637 kes.

“Kes terendah dicatatkan bagi pesalah berumur tujuh hingga 10 tahun iaitu sebanyak 21 kes,” katanya dalam jawapan disiarkan di laman web Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here