Pantauan di rumah ibadat bukan Islam, pastikan SOP dipatuhi

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abdul Manan menyeru pemantauan di rumah-rumah ibadat bukan Islam ikut prosider SOP selepas premis terbabit dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun depan. 

Selain memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi, elemen penjarakan sosial turut diberi keutamaan.

Menurut , pihaknya juga menempatkan pegawai perhubungan di rumah ibadat itu sama seperti SOP ditetapkan di masjid. 

Beliau ditemui pemberita ketika melakukan pemantauan solat Jumaat di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, Polis Pulau Pinang memeriksa kira-kira 1.6 juta individu di negeri itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa 5. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 112 tangkapan dibuat selain 1.4 juta buah kenderaan diperiksa dan 6,485 diarahkan berpatah balik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here