Kuala Lumpur, Ogos-
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Sabtu berkenan berangkat merasmikan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur di sini.
Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Stesen Kuala Lumpur pada jam 7.45 pagi disambut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Usai Majlis Peluncuran Khas ETS3, Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencapai kelajuan hingga 140 km/j itu, menuju ke Stesen Kluang di Johor.
Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam pemanduan yang mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit itu ialah Anthony Loke, Shamsul Azri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.




















