Setelah tiga bulan tidak berniaga, hari ini kira-kira 50 penjaja di Pasar Pagi Kampung Baru Rahang di sini memulakan perniagaan mereka seperti biasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran berkata, mereka sepatutnya boleh menjalankan perniagaan pada 15 Jun lalu.
Namun disebabkan masalah tempat menjalankan perniagaan sebelum ini tidak sesuai, maka ia terpaksa ditangguhkan.