Shah Alam, Ogos-
Tiga remaja lelaki maut manakala tiga yang lain cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Sultan Sulaiman Shah, Banting, Kuala Langat dekat sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.56 pagi tadi sebelum pasukan Dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting bergegas dan tiba di lokasi 8 minit kemudian.
“Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipercayai terbabas ke dalam parit.
“Siasatan mendapati, ada enam orang mangsa adalah remaja lelaki dipercayai semua warga tempatan berada dalam keadaan bertindih di dalam kenderaan berkenaan.
“Empat dari enam remaja terbabit dikenalpasti sebagai Daniel Iqkwan Jalaluddin, 15 dan Muhammad Danish Farhan Alias, 19, kedua-duanya mangsa yang cedera.
“Manakala, Muhammad Adib Anuar, 16 dan Hariz Nazri, 19 adalah mangsa yang meninggal dunia.
“Dua lagi mangsa belum dikenalpasti. Operasi bomba tamat pada jam 6.15 pagi,” katanya.




















