Kuala Lumpur, Sep-
Pelajar Tingkatan Satu sanggup membuat laporan palsu konon ada cubaan culik terhadapnya sebagai alasan enggan ke sekolah.
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan mendapati pelajar lelaki itu berbuat demikian selepas kasut dipakai terkena najis kucing.
Beliau berkata, terdahulu polis menerima laporan dibuat mangsa pada 9.22 pagi semalam berhubung cubaan diculik ketika sedang berjalan kaki ke sekolah.
“Siasatan mendapati mangsa telah memberitahu bapanya yang berumur 37 tahun mengenai perkara itu sebelum kedua-dua mereka hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam bagi memberikan keterangan tentang kes cubaan culik itu.
“Soal siasat yang dijalankan mendapati laporan yang dibuat oleh mangsa adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan tidak diteruskan disebabkan mangsa masih lagi bersekolah, selain amaran keras telah diberikan kepada pelajar itu serta bapanya berhubung laporan palsu tersebut.





















