Hina Agong, Raja Melayu dalam TikTok – Lelaki ditahan

Kuala Lumpur, Sep-
Polis menahan seorang pemilik akaun TikTok selepas memuat naik video mengandungi unsur hasutan serta berunsur mengaibkan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 Bukit Aman menjalankan siasatan terhadap satu kes penularan video di aplikasi TikTok.

Menurutnya, video berkenaan mengandungi unsur hasutan serta mengaibkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here