Sekali 1000 orang sahaja-Zoo Melaka

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman istihar bahawa sepanjang tempoh PKPP seramai 1,000 orang akan dibenarkan mengunjungi tempat pelancongan itu sehari yang dibuat dalam dua sesi iaitu pagi dan petang.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan tidak berlaku kepadatan atau kesesakan pengunjung selain memudahkan kakitangan membuat pemantauan agar pekerja dan pengunjung mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, beliau yakin kehadiran pengunjung akan bertambah menjelang hujung minggu ini lebih-lebih lagi Zoo Melaka telah membuat tawaran potongan harga tiket RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berbeza dengan harga biasa RM 17 dewasa dan RM12 kanak- kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here