Lumut, Sep-
Seorang lelaki maut selepas bergaduh bersama rakannya di sebuah rumah jagaan warga emas di Sungai Pinang Kecil, Pangkor di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki pada pukul 2.30 petang.
Katanya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri, manakala suspek pula keluar dari rumah tersebut.
“Mangsa yang cedera di kepala disahkan meninggal dunia pada pukul 1.45 tengah hari oleh petugas Klinik Kesihatan Pangkor yang tiba di lokasi kejadian.
“Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya hari ini.





















