Mahkamah lepas dan bebas pengasas KK Mart, isteri berkait stoking kalimah Allah

Kuala Lumpur, Julai-
Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan (DNA) Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Chai Kee Kan serta isteri, Loh Siew Mui atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Selain itu, tiga pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mendapat perintah DNA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu terbabit.Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu terbabit mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes berkenaan, lapor Berita Harian.

Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh yang juga pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan, sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada 6.30 pagi 13 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chai yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore turut didakwa atas pertuduhan sama.

San turut membuat pengakuan sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here