Putrajaya, Sep-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenakan kompaun RM100,000 masing-masing terhadap Sin Chew Media Corporation Bhd (Sin Chew) dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd (Sinar Karangkraf) selepas mendapat izin mengkompaun daripada Jabatan Peguam Negara.
MCMC dalam kenyataan hari ini, berkata terhadap Sin Chew diambil selepas siasatan mendapati organisasi itu memuat naik ilustrasi Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap di akhbar digital miliknya.
MCMC berkata, Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang wajib dipaparkan dengan tepat serta penuh hemah pada setiap masa.
“Penyebaran kandungan palsu membabitkan institusi keselamatan negara pula boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa.
“Sehubungan itu, semua organisasi media dan pengguna media sosial diingatkan sentiasa memastikan ketepatan serta kesahihan kandungan diterbitkan, khususnya apabila membabitkan lambang dan simbol rasmi negara,” katanya.





















