PDRM akan terus pantau perkembangan politik negara – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR –

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau perkembangan politik tanah .Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk  mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara ini.

Beliau berkata, semua pihak dan orang ramai perlu menghayati dan menghormati sepenuhnya proses demokrasi negara ini.

“Ini adalah untuk memastikan agar hak pelbagai kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan dijaga sebaik-baiknya.

“Keamanan serta ketenteraman dalam negara amat penting dipelihara setiap masa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here