RON95 Rm 1.99 Mulai September 30 – PM Anwar Umum

Putrajaya, Sep-
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelaksanaan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini untuk rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan.

Ia dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.

Berdasarkan penjelasan diberikan, Perdana Menteri memaklumkan kaedah pembelian petrol RON95 pada harga subsidi itu akan dilaksanakan dengan menggunakan pengesahan MyKad di semua stesen minyak.

Maksudnya, pengguna hanya perlu mengemukakan MyKad ketika membuat urus niaga di kaunter stesen minyak, sebelum pengesahan dilakukan melalui terminal khas tersedia di stesen minyak bagi mendapatkan harga bersubsidi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol RON95 turun kepada RM1.99 seliter hanya untuk kegunaan rakyat tempatan bermula 30 September ini berbanding RM2.05 seliter sekarang.

Bagaimanapun, untuk warga asing, mereka perlu membayar pada harga RM2.60 seliter bermula tarikh sama. Kaedah pembelian RON95 pada harga RM1.99

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here