BUDI95: Rakyat boleh semak kelayakan

Kuala Lumpur, Sep-
Rakyat Malaysia boleh mula membuat semakan kelayakan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan, mulai jam 9 pagi ini.

Portal rasmi www.budimadani.gov.my kini dibuka untuk semakan profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan tanpa perlu pendaftaran baharu.

Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam alat pembaca di pam minyak untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran. Subsidi petrol RON95 disasarkan kepada rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif.

Had kelayakan subsidi ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan, berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Harga subsidi kekal pada RM1.99 seliter, manakala harga pasaran tanpa subsidi adalah sekitar RM2.60 seliter.

Penggunaan melebihi kuota akan dikenakan harga pasaran semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here