Letupan trak gas ragut lima nyawa di Lagos

Sebuah trak yang membawa gas meletup dan terbakar pada awal kelmarin di ibu negeri komersil Lagos di Nigeria, menyebabkan lima orang terkorban dan lapan lagi mengalami kecederaan serius serta memusnahkan beberapa rumah dan kedai, menurut perkhidmatan kecemasan.

Insiden tersebut – yang terbaharu dalam satu siri kemalangan minyak di Nigeria – berlaku pada kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan ketika trak tersebut memunggah gas di sebuah depot di da-erah Baruwa-Ipaja, Ibrahim Farinloye dari Agensi Pe-ngurusan Kecemasan Negara (NEMA) memberitahu AFP.

Beliau berkata anggota penyelamat telah segera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Kami sudah menemui lima mayat yang rentung,” tambahnya.

Tiga orang – seorang wanita dan anak-anaknya – adalah antara mereka yang dise-lamatkan, kata Farinloye.

Sementara itu seorang lagi pegawai bantuan kecemasan menyatakan jumlah keseluruhan mangsa yang tercedera telah meningkat kepada lapan orang.

Farinloye berkata mereka yang tercedera sedang me-nerima rawatan “bagi melecur teruk” di sebuah hospital berhampiran.

Menurut beliau lebih 40 rumah, 89 kedai dan beberapa kenderaan telah hangus terbakar dalam insiden tersebut.

Sebuah penjana kuasa yang digunakan di depot gas telah disyaki menyebabkan percikan api yang mencetuskan kebakaran, jelas Farinloye.

Femi Oke-Osanyintolu dari Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Lagos (LASEMA) mengesahkan angka kematian dan berkata lapan orang dengan “melebur teruk” telah dimasukkan ke hospital.

Beliau menyatakan letupan sudah berjaya dikawal, sambil menambah bahawa pihak berkuasa akan menyiasat insiden tersebut.

“Siasatan menunjukkan bahawa ini adalah satu insiden yang dapat dihindari sepenuhnya berpunca dari kecuaian pihak petugas,” kata beliau.

Beliau menggesa penduduk Lagos agar melaporkan tindakan yang berbahaya dan tidak diingini di kawasan kejiranan mereka kepada agensi yang relevan.

Kelechi Uguru, seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun dan penghuni di salah  sebuah rumah yang terbakar, menyatakan beliau telah kehilangan “hampir semua benda dalam kebakaran itu.”

“Rumah kami hanya beberapa meter jauhnya dari stesen gas. Impak dari le-tupan menyebabkan sebahagian bangunan kami runtuh, sementara bahagian lain telah hangus sepenuhnya,” bapa kepada dua anak itu memberitahu AFP di tempat kejadian.

“Saya hanya berjaya me-nyelamatkan beberapa benda sahaja,” kata beliau sambil tunduk untuk mengutip cebisan barangan dari runtuhan bangunan.

“Saya berasa sangat sedih dan putus harapan. Saya merayu kepada pihak kerajaan  untuk datang membantu kami supaya kami dapat ba-ngun semula,” tambahnya.

Ketika beliau bercakap, anggota bomba sedang berusaha untuk memadamkan saki-baki api yang masih marak.

Di kawasan lain, asap tebal dan bau busuk dari bahan terbakar telah memenuhi ruang udara di sekitar bangunan dan kenderaan berhampiran.

Kemalangan minyak adalah biasa berlaku di Nigeria, se-ring melibatkan saluran paip atau trak yang membawa minyak atau petrol (gasolin), berbanding dengan gas.

Ramai orang yang hidup dalam kemiskinan walaupun Nigeria merupakan pengeluar minyak terbesar di benua tersebut, dengan kira-kira dua juta tong setiap hari.

Sebahagian insiden berlaku ketika penduduk cuba untuk mencuri minyak atau petrol dari saluran paip atau ketika pemandu trak mengalami kemalangan di jalan raya yang tidak diselenggara.

Pada bulan lepas, sebuah trak yang membawa petrol terbalik di jalan raya di Lokoja, bandar utama di tengah negeri Kogi, mengorbankan 23 orang termasuk pelajar dan membakar beberapa bangunan dan kenderaan.

Juga pada September, sebuah trak yang membawa gas meletup di dalam sebuah loji di kawasan Iju-Ishaga di Lagos, menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan kritikal dan banyak bangunan serta kenderaan terbakar.

Pada Mac, satu letupan gas di bandar itu mengorban-kan sekurang-kurangnya 20 orang, mencederakan ramai lagi serta memusnahkan kira-kira 50 bangunan. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here