‘Little Pakistan’ : 199 warga asing, PATI, majikan ingkar ditahan

Kuala Lumpur, Sep-
Pelbagai taktik cuba digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk melepaskan diri selepas ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen (Imigresen) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, malam tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata seramai 199 individu termasuk tiga warga tempatan ditahan dalam operasi bersepadu yang disertai lima agensi penguat kuasa di bawah KL Strike Force itu bermula jam 9 malam hingga 11.30 malam itu.

Katanya, tumpuan operasi di kawasan perniagaan sepanjang hampir satu kilometer laluan utama Jalan Sultan Azlan Shah yang turut dikenali sebagai ‘Little Pakistan’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here