Sik-
Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan 11 orang termasuk dua bayi selepas mereka terperangkap dalam banjir kilat di Kampung Merbau Kudung, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.28 malam.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggotanya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Muhammad Soffuan Sabry berkata, pihaknya tiba di lokasi tidak lama kemudian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.
“Kesemua 11 mangsa itu terdiri daripada dua bayi, seorang kanak-kanak, lima wanita dewasa dan tiga lelaki dewasa.
“Mereka dilaporkan terperangkap selepas titi di kawasan kampung mereka patah serta di sekeliling mereka terdapat longkang besar.





















