Warga Pakistan maut dihempap pokok akibat ribut

Kuching, Julai-

Lelaki warga Pakistan maut dihempap pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Ishaq, 43, menunggang motosikal di Jalan Besar, Kampung Penat di Mukah.

Jurucakap Pusat Gerakan Bomba (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.04 malam.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah diarah ke lokasi yang terletak 13 kilometer dari balai.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 9.47 malam dan mayatnya diserahkan kepada polis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here