Pam stesen minyak terbakar

Baling, Okt-
Penduduk di sekitar Kampung Bandar, Mukim Siong di sini cemas apabila melihat api marak di bahagian hadapan sebuah stesen minyak, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 8.52 malam.

Beliau yang mengetuai operasi bersama penyelia pasukan, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Samsari Ibrahim serta lapan anggota dari BBP Baling tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Bagaimanapun kejadian kebakaran itu hanya membabitkan pam minyak petrol di bahagian hadapan stesen minyak berkenaan.

“Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa hanya struktur dan peralatan,” katanya dihubungi hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here