Taliban umum gencatan senjata selama tiga hari

Taliban semalam mengumumkan gencatan senjata selama tiga hari di Afghanistan sempena sambutan Adilfitri minggu ini, hanya dua hari selepas kerajaan mempersalahkan pengganas sebagai dalang pengeboman di luar sebuah sekolah yang membunuh lebih 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak perempuan.

 “Mujahiddin Emiriah Arab diarahkan untuk menghentikan semua operasi serangan terhadap musuh di seluruh negara dari hari pertama Aidilfitri hingga ketiga,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Taliban.

“Namun sekiranya musuh melakukan sebarang gangguan atau menyerang anda ketika hari-hari tersebut, bersedialah untuk melindungi sepenuhnya dan mempertahankan diri anda sendiri serta wilayah anda,” tambahnya.

Aidilfitri menandakan tamatnya bulan Ramadan dan 1 Syawal bermula berdasarkan kepada anak bulan baharu.

Genjatan senjata muncul selepas kerajaan mempersalahkan Taliban bagi sera-ngan di luar sebuah sekolah perempuan di Dasht-e-Barchi, pinggir bandar utama komuniti Hazara Syiah yang sering disasari militan eks-tremis Sunni.

Taliban menafikan mereka terlibat dalam serangan itu yang paling berdarah di negara ini dalam tempoh lebih setahun.

Letupan pada Sabtu lepas muncul ketika Amerika Syarikat (AS) terus mengeluarkan 2,500 anggota tentera terakhirnya dari negara itu di sebalik usaha damai yang goyah di antara Taliban dan kerajaan Afghan bagi menamatkan peperangan selama beberapa dekad. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here