Kes Pannir Selvam tidak diteruskan – Bukit Aman

Kuala Lumpur, Okt-
Polis tidak dapat meneruskan siasatan lanjut berhubung kes rakyat Malaysia P Pannir Selvam yang kini menunggu hukuman mati di Singapura berikutan ketiadaan sebarang maklumat atau bukti baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan berkata, usaha mendapatkan bukti baharu termasuk lawatan pihak JSJN ke Penjara Changi, Singapura pada 27 Sept lepas tidak menemukan sebarang maklumat yang membolehkan siasatan lanjut dijalankan di Malaysia.

Beliau berkata, siasatan JSJN sebelum ini bermula selepas pihak Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dan ahli keluarga Pannir Selvam memaklumkan banduan itu telah diperdaya oleh seorang suspek untuk membawa dadah ke republik itu.

“JSJN telah mengenal pasti individu yang dimaksudkan pada 2022 dan Februari 2025. Namun, siasatan mendapati maklumat yang diberikan tidak mempunyai nilai operasi dan tidak boleh mengaitkan individu itu dengan kes yang melibatkan Pannir Selvam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Pannir Selvam ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura pada 3 Sept 2014 kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1,833.2g.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here