Influenza di Kelantan meningkat

Kota Bharu, Okt-
Sebanyak 514 kes influenza membabitkan lima kluster dilaporkan di Kelantan sepanjang tempoh tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang tidak merekodkan sebarang kluster.

Bagaimanapun, katanya, keadaan masih terkawal dan tiada pesakit yang dijangkiti teruk.

“Memang berlaku peningkatan di Kelantan kerana tempoh sama tahun lalu kita tidak merekodkan sebarang kluster berbanding tahun ini terdapat lima kluster.

“Semua lima kluster berkenaan adalah kluster institusi pendidikan membabitkan pelajar sekolah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) di sini, malam tadi.

Dr Zaini menasihatkan kepada mana-mana individu yang bergejala supaya memakai pelitup muka walaupun ia tidak diwajibkan.

“Pihak sekolah juga diminta untuk memantau kesihatan murid selain memberi kefahaman kepada ibu bapa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here