339 lokasi berisiko banjir di Johor

Johor Bahru, Okt-
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengenal pasti 339 lokasi berisiko banjir sebagai langkah persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026.

Pengarah JBPM Johor Siti Rohani Nadir berkata daripada jumlah itu, 66 lokasi dikenal pasti di Muar manakala Batu Pahat (47), Johor Bahru (44), Kota Tinggi (31), Segamat (30), Kluang (27), Kulai (27), Tangkak (26), Mersing (22) dan Pontian (19).

Selain itu, sebanyak 23 lokasi cerun kritikal turut dikenal pasti di tujuh daerah melibatkan Segamat, Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.

Beliau berkata JBPM Johor kini mempunyai kekuatan sebanyak 1,462 pegawai kanan, anggota pelbagai pangkat serta pegawai bomba bantuan bagi memastikan kesiapsiagaan operasi berada pada tahap optimum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here