Tol tanpa palang

Kuala Lumpur, Okt-
Touch ‘n Go Sdn Bhd dengan kerjasama STAR Systems International (SSI) berjaya melaksanakan demonstrasi Proof of Concept (PoC) bagi Sistem Aliran Pantas Berbilang Lorong (Multi-Lane Fast Flow – MLFF) di Malaysia, menandakan satu langkah penting ke arah pelaksanaan sistem tol tanpa palang yang lebih lancar dan efisien untuk kemudahan rakyat Malaysia.

Touch ‘n Go memaklumkan dalam kenyataan hari ini,sesi perkongsian ilmu mengenai MLFF itu menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dan rakan industri bagi melihat sendiri bagaimana teknologi tol bertaraf global dapat diintegrasikan dengan ekosistem pembayaran negara.

Syarikat itu memaklumkan teknologi Titan Flow dibangunkan dan disesuaikan secara tempatan bagi memenuhi keperluan infrastruktur tol di Malaysia, disokong oleh 24 juta pengguna eDompet Touch ‘n Go yang disahkan melalui sistem pengesahan elektronik (electronic Know Your Customer – eKYC) untuk jaminan keselamatan data.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here