Pemberontak dakwa tawan pangkalan tentera Myanmar dekat sempadan Thai

Kumpulan pemberontak etnik terkenal menyerang dan menawan sebuah pangkalan tentera di timur Myanmar berhampiran dengan sempadan Thailand pada awal semalam, menurut seorang pegawai dari kumpulan tersebut.

Myanmar berada dalam kemelut sejak junta tentera menggulingkan  pemimpin awam Aung San Suu Kyi dalam rampasan kuasa pada 1  Februari, mencetuskan kebangkitan rakyat yang menyaksikan pasukan ke-selamatan melakukan ke-kerasan terhadap penunjuk perasaan.

Pergerakan antirampasan kuasa mengumpulkan ba-nyak sokongan di seluruh negara, termasuk di kalangan sebahagian kumpulan penentang bersenjata di Myanmar yang sejak beberapa dekad menentang tentera untuk kuasa autonomi lebih besar.

Salah satu penentang pa-ling lantang bersuara, Karen National Union (KNU), bertempur dengan pasukan tentera di wilayah mereka di sepanjang sempadan timur Myanmar selama beberapa minggu.

Pada Selasa lepas, pertempuran meletus di wilayah Karen berhampiran sungai Salween, yang menyempadani bahagian di sempadan, dengan penduduk di bahagian Thai melaporkan mendengar bunyi tembakan dan letupan yang datang dari dalam Myanmar.

 “Pasukan tentera kami menawan kem tentera Burma,” ketua hal ehwal asing KNU Padoh Saw Taw Nee memberitahu AFP, sambil menambah bahawa pertempuran berlaku pada kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan.

“Kami dapat mendengar dari bahagian lain, kami dapat mendengar bunyi tembakan,” kata Hkara, seorang penduduk lama di Mae Sam Laep di dalam sempadan Thai, yang merupakan etnik Karen dan hanya mempunyai satu nama.

“Kami melihat lima atau enam anggota tentera Burma berlari ke arah sungai dan kemudian kami melihat KNU menembak mereka namun keadaan sangat gelap,” kata-nya.

Pada bulan lepas, selepas KNU menawan sebuah pang-kalan tentera, pihak junta membalas dengan beberapa serangan udara pada waktu malam, yang pertama di wilayah Karen sejak 20 tahun.

Sebahagian penduduk kampung sudah meninggalkan kediaman mereka untuk ke pekan lain kerana bimbang serangan balas dari tentera Myanmar,  menurut Hkara.

“Tiada siapa yang berani terus tinggal di sana… mereka melarikan diri pada awal pagi tadi ketika serangan bermula,” katanya. Pertempuran menjadi semakin tegang di wilayah Karen sejak beberapa minggu lepas, menyebabkan kira-kira 24,000 orang awam hilang tempat tinggal, termasuk 2,000 yang menyeberangi sungai untuk berlin-dung di bahagian Thai.

Dianggarkan satu pertiga dari wilayah Myanmar, kebanyakan di wilayah sempadannya, dikawal oleh kumpulan pemberontak, yang memiliki militia mereka sendiri.

KNU mengecam dengan lantang tindakan tentera, dan menyatakan mereka sedang melindungi sekurang-kurangnya 2,000 penunjuk perasaan antirampasan kuasa yang meninggalkan pusat bandar akibat ketegangan.

Pasukan keselamatan mem-bunuh lebih 750 orang awam sejak 1 Februari,  menurut kumpulan pemerhati tempatan.

Pihak junta mengeluarkan angka yang lebih rendah dan mempersalahkan keganasan terhadap “perusuh.” 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here