Kementerian Pendidikan Tinggi beri UA, IPTS pilihan laksana PdPR semasa Sidang Kemuncak ASEAN

Kuala Lumpur, Okt-
Universiti awam (UA) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) diberi pilihan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini, berkata kemudahan itu diberi sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada Ahad ini hingga Selasa depan.

Kemudahan itu, katanya, diberikan bagi memastikan kesejahteran warga UA dan IPT, selain membolehkan mereka merancang pergerakan masing-masing, sekali gus memastikan proses PdP berjalan lancar.

“KPT mengambil maklum pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran membabitkan kawasan di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here