Trump hadiahkan Anwar pen Rumah Putih

Kuala Lumpur, Okt-
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hadiahkan Pen Rumah Putih Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik AS-Malaysia yang berlangsung di sini.

Kedua-dua pemimpin dilihat berinteraksi dengan mesra, saling bertukar senyuman sekali gus mempamerkan keakraban mereka sepanjang majlis tersebut.

Sejurus sebelum menurunkan tandatangan, Anwar didengar berseloroh, “Saya rasa saya akan dapat pen ini,” yang mengundang senyuman dan gelak kecil para hadirin.

Ketika menandatangani dokumen perjanjian itu, Trump sempat mengerling ke arah tandatangan Anwar sambil berkata: “Tandatangan yang unik.”

Sambil tersenyum Anwar membalas: “Tidak seunik tandatangan anda”.

Selepas menurunkan tandatangannya, Trump menyerahkan pen beliau kepada Anwar sebelum menunjukkan tandatangan perdana menteri pada terdapat dokumen tersebut kepada mereka yang hadir.

“Sangat berbeza… amat unik… begitu artistik,” katanya yang mengundang tepukan spontan para hadirin.

Sebagai tanda persahabatan, Trump kemudian menyerahkan pen itu kepada Anwar, yang dilihat memasukkannya dengan penuh hati-hati ke dalam poket kot beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here