Miss Globe 2023, Manvin Khera

Kuala Lumpur, Mac.
Manvin Khera cukup dikenali ramai selepas dinobatkan juara Miss Globe 2023 kini aktif menerusi kerja amal yang dilakukan.

Beliau yang mesra dipanggil Aanvi Kher menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Trash Hero sejak 2022 banyak melaksanakan aktiviti pembersihan di sekitar Kuala Lumpur pada hujung minggu.Ujarnya, aktiviti itu memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan sampah dan mengajak masyarakat mengurangkan penggunaan plastik.

“Pemanasan global adalah fenomena yang sedang berlaku dan ia secara tidak langsung berpunca daripada aktiviti manusia.

“Oleh yang demikian, setiap individu perlu bertanggungjawab ke atas bumi yang menjadi tempat tinggal kita dengan menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya kepada Sinar Harian. Bukan itu sahaja, malah kedua ibu bapanya turut serta meluangkan masa menghulurkan sumbangan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu negara pada setiap bulan.Figura anak muda berkenaan merangkul gelaran Miss Globe di pertandingan ratu cantik antarabangsa pada November lalu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan Aanvi Kher berjaya memikat hati juri sekali gus mengalahkan 52 wakil dunia seperti Sepanyol, Filipina, Nigeria dan Amerika Syarikat.Impian yang terkubur semasa di bangku sekolah kerana gagal mewakili negara dalam bidang sukan kembali subur semula apabila mendapat tahu dirinya berpeluang untuk mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here