Tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar

Kuala Lumpur, Nov-
Tingkat atas Menara 3 Petronas dilaporkan terbakar, awal pagi tadi, dipercayai membabitkan sebuah restoran di tepi tingkat atas bangunan berkenaan.

Menerusi video tular di media sosial, insiden terbabit menunjukkan api marak di bahagian atas bangunan berkenaan dengan kepulan asap tebal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Hassan ‘As’ari Omar mengesahkan kejadian dan berkata setakat ini tiada mangsa dilaporkan.

Mengikut sumber foto dan video tular daripada orang awam, asap tebal dari kebakaran turut kelihatan dari tempat kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here