Kuala Lumpur, Nov-
Seramai 373 penumpang tren monorel yang terkandas di laluan Medan Tuanku berhampiran Maju Junction di sini, pagi tadi selamat dipindahkan pihak pengurusan Rapid Rail Sdn Bhd.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohamad Remi Che Hat, berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui NG999 pada jam 9:39 pagi dan tiba di lokasi jam 9.42 pagi.
“Maklumat dari pihak pengurusan monorel keadaan di lokasi adalah terkawal dan kerja-kerja memindahkan penumpang dari monorel yang terkandas dilakukan pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.




















