Kuala Lumpur, Nov-
Jasad lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma pada Ahad lalu ditemukan di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.
Katanya, polis akan mengadakan satu sidang media bagi memaklumkan butiran lanjut berhubung penemuan itu.
“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya. Ahad lalu, dilaporkan seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, jam 5.40 petang.
Susulan itu, lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Rabu lalu, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero milik mangsa dijumpai kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian.





















