Sekolah hampir tenggelam – Banjir Sabah semakin buruk

Kota Kinabalu, Feb-

Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini dilaporkan semakin buruk apabila beberapa bangunan sekolah hampir ditenggelami air.

Antaranya, Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Mandamai, Pitas yang tular di media sosial selepas air banjir dilihat hampir mencecah bumbung sekolah tersebut.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin yang mengesahkan perkara itu berkata, daerah Pitas telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir dan beberapa sekolah turut terkesan.

“Ada beberapa sekolah terlibat iaitu SK Pandan Mandamai, SK Kasagaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas II.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here