Kuala Lumpur, Mei-
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan hingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Hujan lebat turut diramal berlaku seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin),” lapor MetMalaysia.
“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh Melaka dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” kata kenyataan itu hari ini.




















