260 bilik darjah AI menjelang 2026

Kuala Lumpur, Dis-

Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan inisiatif AI Powered Classroom atau Bilik Darjah Dikuasai Kecerdasan Buatan (AI) dengan projek rintis melibatkan 27 sekolah serta akan diperluaskan kepada 260 sekolah pada tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat dengan menjelang tahun 2030, kesemua sekolah dilengkapi Bilik Darjah Dikuasai AI.

“Inisiatif ini bertujuan memperkasa murid melalui pembelajaran adaptif dan menyokong guru melalui automasi tugasan serta analitik pembelajaran. Usaha ini bagi mengintegrasikan AI dalam pengajaran dan pembelajaran.

“Di peringkat KPM, kita komited untuk memastikan setiap murid, tanpa mengira lokasi mendapat akses kepada pendidikan digital yang berkualiti.

“Usaha ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem pendidikan, tetapi juga mempersiapkan generasi masa depan untuk menghadapi cabaran dunia digital,” katanya di Dewan Negara hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here