Kuala Lumpur, Oktober 10 –
Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum nasional daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai Jun 2027.
Beliau berkata, langkah berkenaan dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih empat juta pekerja di seluruh negara.
Bagaimanapun, katanya, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mencatatkan hasil jualan bulanan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan tersebut bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan masing-masing.
“Selain gaji minimum, kerajaan turut melaksanakan Pembaharuan Kerangka Pendapatan Pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan sebagai kadar permulaan.
“Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) turut menunjukkan teladan dengan menaikkan penanda aras Gaji Sara Hidup kepada RM3,400 sebulan berbanding RM3,100 sebelum ini, sekali gus memanfaat seramai 230,000 pekerja,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan menyeru seluruh majikan swasta untuk mengambil langkah serupa.