Teresa Kok mulakan tindakan mahkamah terhadap Siti Mastura

Kuala Lumpur, Nov 16.
Selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, kini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula memulakan tindakan mahkamah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.

Menurut Teresa, beliau telah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Siti Mastura dan memberi beliau masa tiga hari untuk membalasnya.

Tambahnya, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang surat permohonan maaf selepas Ahli Parlimen itu mengeluarkan kenyataan mengaitkan dirinya dan beberapa pemimpin DAP lain sebagai saudara kepada Chin Peng dan menyebarkan ideologi komunis.

Kenyataan yang dibuat oleh Siti Mastura sebenarnya berbaur hasutan…bukan saja perkauman tetapi berbaur hasutan. Tambah beliau, Siti Mastura masih belum menarik kenyataan beliau dan kerana itu, beliau membuat keputusan untuk memulakan tindakan mahkamah terhadapnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here