COVID-19: 517 daripada 4,256 kes di Sabah hari ini adalah kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Sebanyak 754 daripada 4,256 kes yang direkodkan di Sabah hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, dedah Datuk Seri Masidi Manjun. Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, daripada jumlah itu, 517 kes melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang belum menerima vaksin. Manakala 237 kes lagi melibatkan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Setakat ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah melaksanakan pemberian vaksin kepada 36,382 daripada 411,400 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Selain itu, Masidi memberitahu, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi pada 65.48 peratus sekali gus penyumbang utama jangkitan baharu di 20 daerah di Sabah.

Katanya, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes empat angka dengan 1,241 kes manakala 11 daerah lagi mencatatkan kes tiga angka antaranya Papar (370 kes); Putatan (363 kes); Penampang (345 kes); Tuaran (308 kes); Kota Belud (186 kes); Tawau (165 kes) dan Sandakan (157 kes).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here