Putrajaya, Apr.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia, hari ini.
MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, orang ramai yang sudah memuat naik video terbabit dinasihatkan untuk memadamkannya.
“Penghantaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain, adalah satu perbuatan yang dilarang mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
“Justeru, MCMC ingin menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden berkenaan bagi mengelakkan apa-apa kesalahan dilakukan di bawah AKM 1998,” katanya.























