Kuala Lumpur, Sep-
Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di United Kingdom (UK) malam Isnin, pada usia 74 tahun.
Kematiannya disahkan oleh adiknya, Raja Idris, pagi tadi. “Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 Sept di Manchester, UK,”katanya dalam teks ringkas kepada FMT.
Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.
Beliau telah menetap di Manchester selama beberapa tahun.Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 Sept 1950.
Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia.
Raja Petra yang menetap di Manchester, UK sejak beberapa tahun lalu, terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform digital.Raja Petra dilahirkan pada 27 September 1950 adalah ahli kerabat diraja Selangor dan juga anakanda saudara kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Alice Smith dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution.
Allahyarham berkahwin dengan Marina Lee Abdullah pada 14 April 1973 dan mempunyai lima anak dan dua orang cucu.
Raja Petra pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan 2008





















