Bukit Mertajam, Nov-
Pemandu treler membawa muatan kontena yang menyebabkan kematian seorang wanita dalam kemalangan di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah dengan selamba telah menunjukkan tanda ‘peace’ kepada wartawan yang sedang merakamkan wajahnya.
Lelaki itu bertindak demikian ketika tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk mendapatkan perintah reman ke atasnya pada jam 8.20 pagi, Khamis.
Dia kemudiannya dikenakan reman selama empat hari bermula Khamis sehingga 17 November ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.
Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu.





















