Warga asing sanggup bayar hingga RM5,000 beli MyKad palsu

Kuala Lumpur, Feb-
Warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di negara ini, dikesan sanggup membeli kad pengenalan, MyKad palsu yang ditawarkan sindiket pada harga dari RM4,000 hingga RM5,000 sekeping.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata maklumat itu diperoleh hasil risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang kini menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti sindiket pemalsuan kad pengenalan dalam negara.

“Melalui hasil risikan yang dibuat JPN, terdapat penawaran kad pengenalan palsu dibuat dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM5,000.

“Kebanyakan permintaan ini datangnya daripada warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan dan menetap di Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang meminta menteri dalam negeri menyatakan sejauh manakah langkah pemantauan serta tindakan penguatkuasaan diambil terhadap sindiket pemalsuan MyKad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here