Hentak pintu kereta dengan topi keledar ‘Rider’ ditahan

Kuala Lumpur, Sep 23
Seorang penghantar makanan ditahan kerana berkelakuan ala samseng jalanan apabila mengugut dan memukul pintu kereta dipandu seorang pengarah syarikat dengan topi keledar.

Kejadian berlaku pada jam 2.03 petang di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kelmarin, ketika pengadu lelaki berusia 55 tahun memandu di Jalan Besar MRR2, sebelum dipintas sebuah motosikal ditunggang lelaki bersama seorang anaknya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek mengarahkan pengadu berhenti dengan cara menunjukkan isyarat tangan dan menghalang laluan kenderaan pengadu.

“Penunggang motosikal itu kemudian mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul pintu kenderaan di bahagian penumpang hadapan menggunakan topi keledar yang dipakai.Punca kejadian apabila suspek mendakwa pengadu menghimpit motosikalnya ketika laluan keluar dari simpang ke jalan utama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan aduan diterima polis menahan suspek di sebuah lokasi di Ukay Perdana, kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam.”Suspek seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan di kawasan Ukay Perdana. Kita turut merampas motosikal dan topi keledar yang digunakan semasa kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here