Trafik sesak lebih 10km, laluan dihalang treler melintang

Batu Pahat, Feb-
Trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara sesak lebih 10 kilometer dari susur keluar Plaza Tol Ayer Hitam menghala ke Parit Raja, di sini, susulan kemalangan membabitkan tiga kenderaan yang menyaksikan sebuah treler melintangi jalan sehingga laluan terhalang sepenuhnya, petang semalam.

Kemalangan sekitar jam 4.40 petang itu turut menyebabkan pemandu serta seorang penumpang kereta Myvi mengalami kecederaan, manakala kedua-dua pemandu kereta jenis Toyota Vios dan treler terbabit dilaporkan terselamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Mohd Shahril Razali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.03 petang.

Sementara itu, PLUS memaklumkan, pihaknya terpaksa membuka lorong kiri untuk mengatasi kesesakan akibat nahas di Kilometer (KM) 96 dari arah Ayer Hitam menghala ke Yong Peng (Utara).

“Setakat jam 8.55 malam semalam, trafik masih sesak di Pekan Yong Peng, Jalan Kluang, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, Jalan Yong Peng-Labis, dan Jalan Yong Peng-Batu Pahat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here