Budak nyaris hilang nyawa kerana belon

Kulim, Mei-
Seorang kanak-kanak dipercayai berusia tujuh tahun itu berlaku di sebuah kediaman di sini. dikongsikan Nurul Huda Zulkhairi, menerusi hantaran di laman Facebook miliknya semalam.

Menurutnya, sambutan hari lahir yang dirancang dengan penuh kegembiraan bertukar menjadi saat paling menakutkan dalam hidup apabila anaknya, Uwais Al-Fateh, tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas sebelum tidak sedarkan diri.

“Pada mulanya, saya dan suami sibuk melayan tetamu, manakala Uwais bermain-main dengan kawan baiknya. Tidak lama kemudian, dia duduk di meja saya sambil minum air, kemudian berlalu pergi sambung bermain lari-lari dalam rumah,” catatnya.

Nurul Huda berkata, keadaan mula mencemaskan apabila adik iparnya menyedari sesuatu tidak kena pada Uwais.

“Adik ipar saya beritahu ‘Uwais macam semput’. Suami saya pun terus ambil alat sedut memandangkan Uwais pernah ada asma, tapi tiba-tiba adik ipar seorang lagi berlari bawa anak saya kepada suami dalam keadaan badan sudah kebiruan.

“Ketika itu, jantungnya sudah berhenti,” tambahnya.

Menurut Nurul Huda, suaminya bersama seorang kenalan cuba memberikan bantuan kecemasan kerana menyangka Uwais tersedak makanan.

Katanya, beberapa teknik pertolongan cemas (CPR) dilakukan, namun masih gagal dan mereka bergegas membawa Uwais ke hospital.

Ketika itu, Nurul Huda menjelaskan, peluang untuk anaknya bernyawa kembali dianggarkan 50-50 memandangkan tiada lagi denyutan jantung semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Setibanya di hospital, doktor sedang bersedia untuk intubasi. Ketika itu, mereka ternampak ada belon dalam saluran pernafasan Uwais. Doktor segera mengeluarkan belon tersebut dan terus lakukan CPR.

Insiden terbabit dipercayai berlaku ketika Uwais bergurau dengan rakannya sambil memasukkan belon ke dalam mulut ketika berlari, lalu tersedak dan tercekik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here