Shah Alam, Jun-
Tiga termasuk seorang kanak-kanak 3 tahun maut dan sepasang suami isteri masih hilang apabila bot yang dinaiki mereka terbalik di Perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, dekat sini petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dalam tragedi kira-kira 4.30 petang itu, bot yang terbalik dinaiki enam individu warga tempatan, namun hanya seorang selamat setakat ini.
Menurut siasatan awal, bot terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di perairan berkenaan pada jarak kira-kira 0.3 batu nautika di barat Tanjung Harapan.
“Sepasukan anggota dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor meneruskan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan pasangan suami isteri yang masih hilang pada jam 7 pagi ini selepas ditangguhkan pada jam 8 malam tadi.
“Operasi itu diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 5.16 petang selepas menerima laporan kejadian berkenaan.




















