Kuala Lumpur, Jun-
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Dalam catatan melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini, Seri Paduka berdua turut menzahirkan doa moga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna dan diberkati serta diterima Allah SWT.
“Jadikan semangat pengorbanan ini terus menyatukan rakyat dalam keharmonian, kasih sayang dan nilai kemanusiaan sejagat,” titah baginda.
Seri Paduka berdua turut mendoakan supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha, hari ini.




















