Ayer Keroh, Jun-
Kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk menaik taraf Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara kepada Suruhanjaya TVET Negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu sedang ditelitinya bersama Kementerian Kewangan sebagai langkah untuk memastikan pendidikan TVET dapat diperkasakan lagi.
“Kami meneliti cadangan itu untuk memastikan keutamaan mentransformasikan TVET dapat dilakukan, termasuk keperluan mencukupi, bentuk latihan yang baik dan bagaimana kita adakan sinergi serta kerjasama antara kerajaan dan swasta.
“Suruhanjaya ini adalah ke arah transformasi TVET yang sudah dikelolakan dengan baik dan meyakinkan ketika ini,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari TVET Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sementara itu, Anwar juga menyambut baik usaha meningkatkan kadar gaji minimum sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan untuk lepasan TVET .























