Selangor zon hijau Covid-19, MB gesa rakyat terus patuh SOP

Rakyat diminta terus berdisiplin mengamalkan norma baharu serta tidak memandang ringan ancaman Covid-19 walaupun negeri sudah diisytihar zon hijau.

Dato’ Menteri Besar berkata kebajikan masyarakat harus dijaga kerana sedikit kecuaian mengakibatkan penularan jangkitan tempatan berlaku semula.

“Buat seluruh penduduk Selangor, ini bukan bermakna kita boleh bermudah-mudah dengan pengamalan norma baru serta ingkar mematuhi SOP (tatacara operasi piawai).

“Terima kasih kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus ‘merawat’ Selangor. Daripada negeri yang paling terkesan kini kita boleh menarik nafas lega. Jasa serta pengorbanan mereka amat saya hargai dan kagumi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook malam tadi.

Semalam buat pertama kali Selangor direkodkan sebagai negeri zon hijau selepas semua daerah serta mukim bebas kes aktif pandemik itu.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan kejayaan itu dicapai selepas 41 hari berturut-turut mengharungi debaran kes aktif kurang dari lima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here