Aniaya anak hingga mati – Suami isteri dituduh

Melaka, Julai-
Seorang pekerja restoran dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan menganiaya anak perempuan mereka yang berusia sembilan tahun hingga mengalami kecederaan dan meninggal dunia.

Tertuduh, Manuel Pangawat, 36, dan Easta Masa Pangala, 40, yang juga warga Indonesia, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut Seksyen 31(2) AKK 2001, mahkamah hendaklah memerintahkan orang yang disabit kesalahan dikenakan bon berkelakuan baik selama tempoh sesuai, selain melakukan khidmat masyarakat di antara 36 hingga 240 jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, merayu jaminan rendah diberikan dengan Manuel mendakwa perlu bekerja untuk membayar hutang kepada majikan.

Easta Masa yang juga suri rumah, berkata anak bongsunya berusia tiga tahun kini terpaksa dijaga sepupunya di kuarters Penjara Kajang, selain urusan pengebumian anak keduanya yang maut belum selesai dan mayat masih berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Mahkamah kemudian membenarkan Manuel diikat jamin RM15,000 oleh seorang penjamin, manakala isterinya dibenar ikat jamin RM20,000 oleh dua penjamin, selain syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu bagi serahan dokumen termasuk laporan kimia dan bedah siasat serta lantikan peguam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here